Intipati Hubungan
Istimewa Suami Isteri
AMARAN: Kandungan laman web ini mengandungi bahan yang sesuai untuk orang dewasa (18SX) sahaja. Ianya bertujuan
memberi maklumat dan promosi produk sahaja. Produk hanya dijual kepada golongan suami isteri sahaja. Kami tidak
bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan produk ini. Terima
Kasih!


PANDANGAN ISLAM TERHADAP SEKS
Benarlah kata-kata ulama "tiada perasaan malu dalam mendalami
ilmu agama", kerana itu jugalah Saidatina Aishah memuji para wanita
Ansar di atas sikap mereka yang suka bertanya; dengan katanya
(Semoga Allah merahmati wanita Ansar, mereka tidak malu untuk
bertanya dan menambah pengetahuan mereka dalam agama ) walaupun
dalam perkara yang menyentuh persoalan-persoalan sulit hubungan
suami isteri.
Hubungan antara suami isteri merupakan satu perkara penting dan
utama dalam menjamin kelangsungan
ikatan rumahtangga. Kepincangan
dan sikap endah tak endah dalam menangani masalah ini banyak
membawa kepada salah faham, krisis, perbalahan dan akhirnya
perceraian (nauzubillah anhu jamian). Namun begitu, ada juga pihak
yang mengatakan ianya satu persoalan remeh temeh, jijik, hina dan tidak
perlu diperbincangkan. Ini kerana bagi mereka ianya tak lebih daripada
aktiviti berseronok saja sebagaimana yang berlaku pada haiwan-haiwan
biasa.
Namun Rasulullah S.A.W sendiri telah bangkit menjelaskan hal
kepentingan dan keutamaannya dalam sabda Baginda "AKULAH ORANG
YANG PALING ALIM DAN BERTAQWA, namun aku juga tidur dan
berkahwin, barangsiapa yang membenci Sunnahku, dia bukanlah
dari kalanganku" - riwayat Muslim.
Islam telah menjadikan `hubungan seks' antara dua suami isteri ini
sebagai ibadat kepada Allah s.w.t berdasarkan manfaatnya yang besar
perseorangan, umat dan juga Islam. antaranya ia dapat menjaga diri,
keturunan, agama, menguatkan Islam dan sebagainya. Justeru itulah,
Rasulullah S.A.W bersabda "SEKIRANYA KAMU BERSETUBUH DENGAN ISTERI KAMU, kamu
akan mendapat pahala." Para sahabat kehairanan
lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan
isterinya pun dapat pahala ?!, Rasul dengan hikmah menjawab : Benar,
bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang
haram tentulah baginya dosa, begitu juga dengan persetubuhan yang
halal" - riwayat Muslim, juga merupakan hadis ke 25 dalam
(Arbain Nawawi).
Islam memang memberi perhatian
serius dalam mengubati
masalah ini, khususnya yang berkaitan dengan suami, kerana merekalah
ketua
bagi keluarga dan perancang kepada kebahagiannya. Sebagai nasihat,
kami mencadangkan beberapa produk alternatif yang mampu
membantu anda bagi mengatasi masalah kelakian sekiranya ada
dah hal ini tidak dipandang ringan malah diambil berat oleh Islam
dalam menjaga keharmonian rumahtangga.
|